“Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril a.s. Jibril a.s menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus,” (Hadis Riwayat Bukhari).
Alhamdulillah kami memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas izinNya untuk kami bersama menyantuni masyarakat di dalam bulan Ramadan ini. Menziarahi golongan asnaf dan menyampaikan bantuan adalah sebahagian dari program tanggungjawab sosial kepada komuniti yang memerlukan. Infaq Ramadan, semoga Allah berikan kemudahan untuk ianya berterusan. Aaminn.